Friday, December 30, 2011

Selamat Datang Ke Shah Alam!!

Dari 13 ke 15 disember saya telah pergi ke Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk menghadiri satu temu duga di Pejabat MARA Selangor.Walaupun tak terpilih untuk program SPC (Skim Pelajar Cemerlang) namun matlamat untuk hidup tak terhenti disitu. Semasa berada di Selangor saya telah berjumpa dengan kawan2 lama dari MRSM Pengkalan Chepa iaitu Abang Muhamad Ridwan, Amira Syazana dan Haifa Izzati.semasa sedang makan di Secret Recipe(Abang belanja) di SACC.kami terjumpa dengan Anuar Zain.yes,ANUAR ZAIN!!biarpun malu2 kucing nak ambil gambar bersamanya tapi kami menggedikkan diri dan ambil jugak gambar bersama selebriti ini...


                                    p.s :saya tak ada dalam gambar tu (jadi cameraman je)


Abang Muhd Ridhwan dan Amira dengan selambanya
Nak cari tempat makan pun susah. Last-last pergi Secret Recipe je

Saya sakit belakang sebab jalan jauh

Di rumah Amira, yang sebelah kanan tu

Amira dengan adiknya (mula-mula ingatkan adik dia tu perempuan heehee..)

Makan kek homemade Amira

PLKN!!??

 30 Disember 2011

Hari ini mungkin hari yang bersejarah bagi sesiapa yang dapat pergi PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) bagi sesi 1. Mungkin mereka (saya pun kena juga...huhu) perlu persiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menempuh 3 bulan di kem masing-masing..saya pula akan dihantar ke Kem Cemerlang di Cheneh,Kemamam, Ganu Kiteee! Ada orang kata PLKN tu tak bez,macam penjara, ada juga yang cakap PLKN tu bez, banyak aktiviti. Kita tengok jela nanti macam mana ya. Yang membuatkan kem ini BEZ ialah komitmen daripada semua pelatih..baru la orang kata "SEMPOI!"..kat bawah ada lagu rasmi PLKN..jom kita layan..

31 Disember 2011

Hari ini ayah ajak pergi gunting rambut....NOOOOO!!rambut ala AFRO aku!!!yup ala Afro....tapi bukan macam ini.....
Yeah afro style...tapi saya punya bukan macam ni








 ATAU........

ok ni da macam Mickey Mouse
Rambut saya lebih kurang yang gambar atas tapi pendekkan lagi....yeah that's me...after SPM of course. Jadi kami gi la ke Pasar Kuala Berang yang baru bukak tu. Ni ha gambar die.....


Baru je siap ni. Boleh la nak shopping2 kat sini pasni

Saya pun tunggu la pak cik tukang potong tu. 10 minit, 20 minit, 21 minit (ni aksi tengok jam je). Baru la die sampai. Potong punya potong sampai 3-4 cm je tinggal. Adehhh baru je nak simpan lepas SPM.

1 Jan 2012

Bila dah pergi PLKN, diorang suh potong lagi sampai hampir botak (1-2 cm) RM10 burn macam tu je haha!!

Jadi moral of the story : JANGAN POTONG RAMBUT SEBELUM PERGI PLKN YA







Lagu Rasmi PLKN






Hai!!!lagu ni saya nyanyi setiap hari (pukul 6.30-7.00 pagi). Bila da selalu nyanyi (walaupun tak nyanyi sebenarnya dalam perbarisan...shhhh jangan bagitau orang)

Tapi....

Ada penambahan dalam lagu-lagu yang kami nyanyi setiap hari. Dua-duanya bez-bez. Walaupun salah satu daripadanya lagu baru. Memang tak pernah dengar la sebelum ni. Satu lagu 1 Malaysia versi Pelajar Lim Kok Wing dan satu lagu yang saya cakap lagu baru tadi lagu Rukun Negara


 
Versi Lim KokWing

DAN




Resipi Telur Bistik Ala Kampung

Baru-baru ni kakak ada buat telur bistik. Mula-mula tengok macam tak sedap je....tapi sedap gak bila da masuk mulut..kakak ada bagitau macam mane nk buat die...haaa ni die cara-cara nk masak Telur Bistik Ala Kampung...

Mula-mula sekali kita kena masak telur die dulu.Bahan-bahan untuk masak telurnya ialah:
  • 100 gram daging/ayam (dicincang)
  • 1/2 bawang besar(dipotong dadu)
  • 1 biji lada merah(dihiris dan dibuang bijinya)
  • 1 inci lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • 1 batang kacang panjang (dipotong nipis)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
Masakan ni ada kuah.Bahan-bahan untuk buat kuah die lak ialah:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 gelas air
  • 1 limau nipis
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
 Cara memasak telur bistik
Selepas itu, jom kita masak pulak. Mula-mula kita kena campurkan semua bahan untuk telur ke dalam bekas yang bersesuaian. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng telur sehingga masak kekuningan. Angkat tepur tersebut dan toskan.

Telur da masak. Mari kita buat kuahnya pula.
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar
  3. Masukkan tomato, sos tomato dan sos cili sehingga sebati
  4. Selepas itu, masukkan air
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perahan limau nipis
  6. Tuangkan kuah ke atas telur
Da siap telur bistik ala kampung kita. Harap ramai yang mencubanya! 

Wednesday, December 28, 2011

Pertandingan Gambar Kenangan Sekolah Lama

Hai! Baru nak sebulan tinggal sekolah tapi da banyak perkara yang da buat kita nak pergi balik ke masa tu...makan sama2 ngan geng, duk sama2 dalam kelas dan berbual-bual, bergaduh-gaduh pun sesuatu yang buat kite kenang balik mase lalu....ad pihak yang telah buat initiatif yang sangat bagus dan menarik iaitu dengan membuat pertandingan gambar kenangan sekolah mereka...jadiii...sape2 yang berminat(sebab ad hadiah ni)...boleh menghantar gambar kenangan sekolah lame mereka beserta nama penuh dan huraian gamber tersebut ke lepasanspm.com@gmail.com....anda juga bleh mrujuk kepada Lepasan SPM di Facebook...Selamat mencuba!!

Saturday, December 24, 2011

My first blog

Hi =)...i'm Ahmad Kamal Husaini and I just create my first blog today....with a little help from somebody...maybe i'm a little greenhorn with blogging but i will try to post beneficial and interesting events that's happening in my area