Friday, December 30, 2011

Resipi Telur Bistik Ala Kampung

Baru-baru ni kakak ada buat telur bistik. Mula-mula tengok macam tak sedap je....tapi sedap gak bila da masuk mulut..kakak ada bagitau macam mane nk buat die...haaa ni die cara-cara nk masak Telur Bistik Ala Kampung...

Mula-mula sekali kita kena masak telur die dulu.Bahan-bahan untuk masak telurnya ialah:
  • 100 gram daging/ayam (dicincang)
  • 1/2 bawang besar(dipotong dadu)
  • 1 biji lada merah(dihiris dan dibuang bijinya)
  • 1 inci lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • 1 batang kacang panjang (dipotong nipis)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
Masakan ni ada kuah.Bahan-bahan untuk buat kuah die lak ialah:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 gelas air
  • 1 limau nipis
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
 Cara memasak telur bistik
Selepas itu, jom kita masak pulak. Mula-mula kita kena campurkan semua bahan untuk telur ke dalam bekas yang bersesuaian. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng telur sehingga masak kekuningan. Angkat tepur tersebut dan toskan.

Telur da masak. Mari kita buat kuahnya pula.
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar
  3. Masukkan tomato, sos tomato dan sos cili sehingga sebati
  4. Selepas itu, masukkan air
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perahan limau nipis
  6. Tuangkan kuah ke atas telur
Da siap telur bistik ala kampung kita. Harap ramai yang mencubanya!